SEABUCKTHORN
*Formula Utama SNE
Tumbuhan ini telah wujud sejak 65 tahun dahulu dan telah digunakan sebagai ubat tradisional golongan Tibet, Mongolia dan Negara China sejak 2000 tahun dahulu. Penyelidikan dan pembangunan oleh SNE Yuhangren selama 10 tahun mendapati bahawa seabuckthorn berpotensi tinggi untuk menjadi makanan tambahan manusia pada abad ke-21 ini. Minyak biji seabuckthorn memiliki kesan antibakteria dan antikeradangan yang mampu menangkis radikal bebas dan elemen berbahaya.
Buah seabuckthorn mengandungi pelbagai nutrient dan nilai perubatan yang tinggi. Ia bukan sekadar mengandungi lebih kurang 190 jenis kandungan aktif biologi yang memanfaatkan tubuh badan manusia, tetapi ia menjangkaui tindakbalas sains yang rasional. Kandungan flavonoid dalam buah seabuckthorn juga lebih tinggi berbanding daun gingko, manakala kandungan ß-karotena dan vitamin E-nya turut lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.
1. Pokok renek yang tumbuh pada penara dengan ketinggian 1,500 meter di atas paras laut.
2. Tumbuhan liar yang mempunyai manfaat fungsi perubatan dan pemakanan serba guna dengan daya hidup yang ekstrem.
3. Merupakan buah yang paling masam di dunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi
4. Setiap 100g jus seabuckthorn mengandungi 825-1100mg vitamin C
5. Padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino.
6. Diiktiraf oleh komuniti akademik sebagai "Pembela kesihatan manusia abad ke-21"
______________________________________________________________________________
TOMATO/LYCOPENE
TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum
sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan
dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan
Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling
kerap digunakan.
Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat
besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan
badan.
Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium,
kalsium dan mineral garam.
Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada
kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko
barah prostat di kalangan kaum lelaki.
Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik
untuk kesihatan badan.
Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit.
Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan
masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu
menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan,
dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan
kulit.
_________________________________________________________________________________
GINKO BILOBA
Penanaman Dan Kegunaan
Pokok ginkgo sudah lama ditanam di China; sesetengah yang
ditanam di tokong dipercayai telah berumur lebih dari 1,500 tahun lamanya.
Pokok ginkgo mudah hidup dengan baik di persekitaran bandar,
tahan dengan pencemaran udara dan kawasan tanah terhad. Ia juga jarang diserang
penyakit dan perosak. Kebanyakan yang ditanam adalah pokok jantan kerana ia tak
menghasilkan biji benih yang berbau busuk apabila gugur. 'Emas Luruh' ('Auntum
Gold') ialah kultivar popular sebagai klon pokok jantan yang banyak digunakan
dalam penanaman sebagai pokok hiasan di negara yang mempunyai 4 musim.
Ginkgo juga popular sebagai tanaman penjing dan bonsai; ia
boleh ditanam dan disimpan dalam bekas kecil dan dijaga untuk berkurun lamanya.
Selanjutnya, ia adalah pokok yang mudah dibiakkan melalui biji benih.
Pokok Ginkgo ialah Pokok Kebangsaan bagi china.
Khasiat
Dalam perubatan China, biji Gingko biloba dianggap lebih
bermanfaat berbanding daun. Ia digunakan untuk merawat asma, masalah keputihan,
kencing malam dan tidak terkawal dan tonik paru-paru kerana ia mempunyai bahan
anti bakteria dan anti kulat.
Bagaimanapun sejak 30 tahun yang lalu, ahli sains mendapati
ekstrak daunnya lebih bermanfaat kerana kandungan flavonoid dan terpena lakton
yang bertanggungjawab ke atas kebanyakan tindakan biologi dalam tubuh manusia.
Gingko menggalakkan pengaliran darah, termasuk ke otak,
tangan dan kaki, mengawal keanjalan saluran darah serta mengurangkan
kecenderungan pembekuan darah. Manfaat terhadap memori tidak terhad kepada
golongan berusia, malah kajian ke atas golongan wanita muda yang sihat
menunjukkan perubahan memberangsangkan dalam ujian memori selepas pengambilan
ekstrak Gingko biloba.
Gingko biloba turut dipercayai memberi kesan baik terhadap
fungsi kognitif bagi penyakit Alzheimer. Memandangkan otak terdiri daripada
asid perlu tak tepu yang tinggi, ia mendedahkan kepada radikal bebas. Gingko
biloba adalah anti oksida yang baik dan ini juga menjadikannya popular sebagai
makanan tambahan.
Minyak ikan yang kaya dengan asid dokosaheksanoik juga turut
memberi impak kepada rangsangan minda. Rangsangan minda sebenarnya bukan sahaja
sesuai untuk golongan kanak-kanak, malah sesuai juga untuk golongan berusia
bagi mengekalkan kecergasan minda. Membaca, menyelesaikan teka-teki, teka
silang kata serta bermain catur merupakan antara permainan yang boleh
merangsang minda.
___________________________________________________________________________
BIJI APRICOT
Kernels aprikot
merupakan kumpulan kekacang dan bijirin . Tidak ada bezanya dengan kumpulan
kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan khasiat
didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik .
Dalam bahasa
nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali
sebagai vitamin B17. Khasiat Aprikot B17
bukan sahaja diperkatakan di Malaysia malah keberkesanannya melawan kanser
turut diperakui diseluruh dunia berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal
yang dilaksanakan oleh pakar-pakar saintis seperti yang telah ditayangkan di
E-Biotechnology.
Berikut adalah khasiat-khasiatnya:-
Agen Kimoterapi semulajadi yang dapat mambantu mencegah
serta merawat semua yang berunsurkan kanser.
Membantu memulihkan masalah sistem Metabolik dan membantu
meningkatkan sistem imunisasi
Membantu mencegah dan merawat penyakit kronik yang lain
seperti penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis , gout, parkinson, asma,
sakit sendi dan masalah buasir.
Di samping itu ianya
juga mampu untuk merawat penyakit seperti :-
Komplikasi masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran uv
, gatal-gatal & alahan.
Masalah jerawat , resdung dan bertindak sebagai 'Anti -
Penuaan'.
Mempunyai masalah berat badan , tekanan darah tinggi &
kolestrol dalam darah dan ketidakseimbangan kandungan gula dalam darah.
Masalah haid tidak teratur dan keputihan.
_________________________________________________________________________________
LILIN LEBAH
Lilin lebah adalah hasil proses metabolisme dari kelenjar
malam yang dimiliki lebah, hasil metabolisme itu dikeluarkan (diekskresi)
melalui ruas-ruas bahagian abdomen.
Lilin lebah yang dihasilkan lebah pekerja tidak dikumpulkan
oleh lebah dari bunga, tetapi dibuat dalam kelenjar yang terletak di sebelah
bawah perut lebah dengan meminum madu dan memakan tepung sari yang banyak.
Lilin lebah dihasilkan lebah pekerja seusia 12 hari atau lebih dan sejak zaman
dahulu, banyak dipakai mengawetkan mayat dan membuat cairan pembakar suluh
zaman Mesir Kuno.
Sarang lebah terbuat dari lilin lebah dengan bahan dasar
madu. Di bahagian tepi bawah perut lebah pekerja terdapat abdomen yang
menghasilkan lilin lebah, yang tidak
dikumpulkan dari bunga, tetapi dibuat dari madu dalam kelenjar. Untuk
menghasilkan 1 kg lilin, lebah berupaya menghabiskan madu 7-15 kg.
Warna lilin bervariasi, putih, kuning atau oren jernih, pada
suhu beku bilik dan sedikit likat. Pada suhu dingin, mudah pecah sedangkan pada
suhu 85°F keadaannya likat, tetapi tidak melekat di tangan bila dipicit. Berbau
khas, beraroma tanam-tanaman.
Lilin lebah (malam) dimanfaatkan untuk industri farmasi dan
bahan dasar kosmetika, pembuatan lilin penerangan, dan industri perlebahan.
Contohnya, malam lebah digunakan untuk membuat sapuan, berbagai lotion, krim dingin,
lipstick, pelapis pil, pelekat, krayon, dan dakwat.
Pada industri farmasi, lilin lebah digunakan sebagai bahan
pembuat plaster atau kain pembalut, ubat-ubatan luar, campuran bahan-bahan
tahan air atau waterproof, cairan dakwat, campuran pensil dan zat pengkilat.
Lilin lebah mengandung ‘saturated hydrocarbon’, ester-ester dan alkohol
monoester, kolesterol dan mineral-mineral tertentu dalam jumlah sedikit.
No comments:
Post a Comment