Wednesday 24 October 2012

SALAM EIDULADHA

SELAMAT MENYAMBUT EIDULADHA

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA (KEPADA YANG PULANG KE KAMPUNG)


"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (Al-Hajj 22:27)

Thursday 18 October 2012

HA?.... MANDI BEUTSKIN?...

Kecantikan dari dalam 80% dan 20% dari luar di lengkapi dengan Produk Shamone.






Nak ikut Adira gak....

Bersama Penasihat Kecantikan Shamone SNE (Joey)

MDM Alice bersama Adira semalam... kita tengok perbualannya..
Ada berani... 

Wednesday 17 October 2012

SI 'BIDADARI'..

Pelakon drama 'Bukan Bidadari' ini juga mengambil Beutskin SNE..
Anda bila lagi?? :)

Nad Zainal sedang memegang Beutskin..

Sunday 14 October 2012

BAKAL TSUNAMI DI SNE HQ...PASTI GEMPAK

Adakah wanita cantik ini bakal menjadi Duta Produk SNE...*macam dah jadi je... 
Cepat Mobile Stokis dan kepada yang bakal menjadi stokis/ejen, 
simpan stok secukupnya...jgn permintaan berganda tetapi stok tidak mencukupi... *semacam dah confirm je bunyinya...


Tiga dari kiri: Lisa Surihani (baju krim) bersama leaders Sne, kiri sekali MDM Alice

Thursday 11 October 2012

17.3 PERATUS WANITA ALAMI OBESITI!!




Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Dakwaan yang mengatakan penyakit jantung hanya menyerang individu yang sudah berusia serta golongan lelaki sahaja adalah tidak tepat kerana penyakit berkenaan didapati merupakan pembunuh nombor satu wanita di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Presiden Persatuan Jantung Nasional Malaysia (NHAM), Datuk Dr. Azhari Rosman berkata, hari ini, satu daripada empat kes kematian golongan wanita di negara ini adalah berpunca dari serangan jantung dan angin ahmar, dan ia dua kali ganda lebih tinggi berbanding gabungan penyakit-penyakit kanser yang biasa menyerang wanita.

Jelasnya, hasil satu kajian tahap kesihatan kardiovaskular di kalangan wanita di negara-negara Asia Tenggara seperti yang disiarkan di dalam Nature Reviews Cardiology pada April lalu mendapati wanita Malaysia mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI) yang tertinggi di negara ini.

"Malah menerusi laporan terkini Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendapati 29.4 peratus wanita di negara ini mengalami berat badan berlebihan manakala 17.3 peratus wanita mengalami obesiti," katanya kepada pemberita sewaktu sidang akhbar sempena sambutan Hari Jantung Sedunia, di sini hari ini.

Tambahnya, malah didapati juga wanita Malaysia dan Indonesia mempunyai kelaziman tertinggi menghidap hipertensi di Asia Tenggara yang merupakan antara faktor serangan penyakit jantung koronari.

Justeru, Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita iaitu organisasi di bawah NHAM kini giat memberikan kesedaran kesihatan serta maklumat berkenaan penyakit jantung dan angin ahmar di kalangan wanita.

Ia bagi memastikan golongan ini sentiasa bersedia dan sedar bahawa mereka turut mempunyai risiko mendapat penyakit jantung.

Dalam pada itu, Dr. Azhari memberitahu, sambutan Hari Jantung Sedunia 2012 yang bertemakan One World, One Home, One Heart akan disambut pada 29 September ini.

"Sehubungan itu NHAM yang merupakan ahli Persekutuan Jantung Sedunia (WHF) turut akan menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan bagi mengurangkan beban penyakit kardiovaskular di Malaysia," katanya.

This article was first published in Utusan Malaysia on 20 September 2012. 

Wednesday 10 October 2012

MEGA TESTIMONI!!

Kami ingin berkongsi satu cerita dengan para pembaca sekalian di harap para pembaca bersabar kerana testimoni hebat ini agak panjang entrinya.

Bulan lepas kami telah diberitahu oleh anak sulung kami (Amal) bahawa ada seorang sahabat kepada sahabatnya (Adib) yang bernama haidar mengalami penyakit serius Elephantiasis (sehingga menyebabkan kakinya kurang berfungsi dan hampir dipotong). Haidar mengalami obesity yang melampau sehingga menyukarkan pergerakan beliau, beliau juga mempunyai masalah jantung, darah dan kencing manis. Walaupun beliau adalah graduan UTM dari jurusan perniagaan, beliau tidak mampu bekerja lantaran penyakit nya itu (beliau banyak menerima tawaran namun terpaksa ditolak).

Lalu dengan rasa simpati dan semangat untuk mengubah cara hidupnya, kami bertemu buat kali pertama di Masjid Al Falah USJ 9 dua minggu yang lepas. Sebenarnya pertemuan ini adalah takdir dari Allah, kebetulan dia berada berhampiran dengan rumah, maka memudahkan kami untuk bertemunya. Pertama kali melihat haidar hati kami sungguh tersentuh, dengan ketidakupayaannya membuatkan kami rasa sangat bersyukur di atas nikmat-nikmat yang telah Allah beri.


Kami memberi sumbangan berupa sekotak SNE Essence, Excel Tea dan sedikit duit belanja buat bekalannya, memberi kata-kata semangat dan juga mendoakan dia supaya lebih tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan hidup. Buat pengetahuan semua, ibubapa Haidar telahpun meninggal dunia akibat kemalangan dan dia memperoleh sumber pendapatan dengan meminta sedekah. Kami mensyorkan juga untuk Haidar mengambil 4 biji sehari SNE (2 biji pagi dan 2 biji malam).

Esoknya kami menghubungi haidar bagi mendapatkan berita terkini berkenaannya. Terdengar suara ceria dari corong telefon memberitahu kami bahawa dia sudah mula berpeluh dan kerap membuang air besar dan kecil (system pencernaan kembali aktif). Dia mengadu tentang kesukarannya membuang air selama ini, kadang-kadang hampir 4 - 5 hari sekali baru Haidar dapat membuang air besar. Kami terasa sangat gembira.

Selang beberapa hari, Haidar menemui doktor untuk membuat pemeriksaan bulanan. Amat memeranjatkan kami, Haidar memberitahu berat badannya menurun dari 200++kg dan sekarang ke 100++kg (PENURUNAN HAMPIR 100 KG!!) dan jantungnya bertambah baik, tekanan darah baik dan kencing manisnya hampir tiada (gula nya semakin normal), malah kakinya juga sudah tidak terasa sakit seperti dahulu. Beliau menambah, doktor yang merawatnya juga amat terkejut dan bertanyakan Haidar apa yang dimakan sehingga mengalami perubahan yg sangat ketara sebegini.

Ahad yang lalu, kami bertemunya sekali lagi, untuk bertanya khabar dan memberi bekalan SNE lagi. Beliau kelihatan amat berbeza dari sebelumnya, dia sudah mampu berdiri lebih lama, saiz badannya lebih kecil, mengah-mengahnya berkurangan dan Haidar kelihatan lebih bertenaga. tidak perlu di beri suntikan lagi. Semoga Haidar semakin sihat dan dapat membantu orang lain pula selepas ini. Para pembaca doakan kami dilimpah rezeki supaya dapat membantu lebih ramai lagi insan-insan yang tidak bernasib baik di luar sana. Jangan lupa sertai kami dalam perniagaan ini, mungkin giliran anda untuk membantu orang lain selepas ini.


Lihat!! Haidar sudah mampu mengikat kainnya.. :) baru habis sekotak sne.

Tunggu kan tindakbalas produk sne ini selepas kotak kedua,,, dan dengar sendiri dari mulutnya testimoni hebat ini.

MARI KITA BERAMAL, 
LEBIH SIHAT DAN CANTIK BERSAMA BEUTSKIN SNE.

*Kepada sesiapa yang ingin membantu Haidar sila hubungi/sms/email kami.

Monday 1 October 2012

Testimoni Pemenang Bertuah



“Mula makan pada sabtu pagi, perut terasa agak sakit, pinggang lenguh-lenguh mungkin kesan dari masalah ‘period’ yang tidak stabil dan pembuangan juga lebih lawas.
Dan hari ini saya masih teruskan makan, dan badan saya terasa sedikit ringan dan lebih sihat, saya galakkan semua mengambil supplement yang 'ajaib' ini, rasai kelainanannya... :)” ~ Noramirah binti Mat Nor.