Seabuck-Terapi Bicara Tubuh


BICARA TUBUH - PROSES PENYEMBUHAN

MATA
Bertindak balas dengan keadaan hati.
i) Mata menjadi merah:
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur:
Sering berlaku pada waktu pagi.
Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata:
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata:
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

vi) Mata warna kuning
Masalah hati yang serius.

HIDUNG.
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selsema:
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung Tersumbat:
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin:
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong:
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iv) Batuk:
a. Batuk keluar kahak - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak - Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan - Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari dan mula batuk.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong - Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

KERONGKONG
i) Kerongkong kering .
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan - Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong - Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

BIBIR
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
i) Bibir pucat:
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Di nasihatkan perkuatkan fungsi penghadaman dahulu sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah :
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit - Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menj adi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser) - Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

TELINGA
Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat - Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung - Sedang merawat buah pinggang yang lemah biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT
1. Peluh.
i) Peluh masin - Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau - Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. Ruam dan Bisul:
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. Kulit Gatal dan Ruam:
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia

4. Kulit Pecah dan Berair:
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan Minyak SNE pada kulit berkenaan.

RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
1. Sendi Sakit:
i) Rasa panas (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu - Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. Kebas Tangan - Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. Kebas Tangan Kiri dan Lengan - Tanda-tanda lemah atau sakit jantung jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. Kebas Kaki - Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. Sakit Tapak Kaki - Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. Sakit Tumit Kaki - Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. Rasa Panas Tapak Kaki - Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. Gatal di Celah-Celah Jari Kaki - Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

TANDA-TANDA DALAMAN
KEPALA
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
1. Pening/Sakit di Bahagian Depan Kepala:
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. Pening/Sakit di Bahagian Belakang Kepala:
i) Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk) - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

3. Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar dari Telinga:
Menandakan penyakit migrain.

4. Bisul Terjadi Di Kepala:
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. Rasa Pening Yang

 BERTINDAK BALAS DENGAN BADAN.
a. Badan Rasa Sakit:
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk - Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal - Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap - Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang - Proses melancarkan pengaliran darah.

No comments:

Post a Comment