Monday, 3 September 2012

RAHSIA PRODUK INI


Pada tahun 2000 Syarikat SNE ditubuhkan di Negeri China, dan Kilang memproses biji buah Seabuckthorn bernama Yuhangren didirikan khusus untuk mengilang produk SNE. Syarikat SNE Holding Sdn. Bhd ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2003 dimana anak syarikatnya SNE Marketing Sdn. Bhd juga ditubuhkan pada tahun yang sama bagi memasarkan semua produk SNE.
Pada tahun 2003 produk SNE memasuki pasaran Malaysia melalui SNE Marketing Sdn. Bhd. dan dalam masa 2 tahun telah berjaya memasarkan produk SNE di kalangan pengguna cina, serta telah berjaya menghasilkan 100 jutawan yang semuanya dari bangsa Cina.
Pada tahun 2008 bermulalah Produk SNE memasuki pasaran Melayu dengan Produk SNE berjaya menembusi pasaran Melayu bermula di Kelantan. Pada bulan November 2008 produk SNE telah berjaya menembusi pasaran Melayu di Pulau Pinang.



Fakta mengenai SEABUCKTHORN



Tumbuhan ini telah wujud sejak 65 tahun dahulu dan telah digunakan sebagai ubat tradisional golongan Tibet, Mongolia dan Negara China sejak 2000 tahun dahulu. Penyelidikan dan pembangunan oleh SNE Yuhangren selama 10 tahun mendapati bahawa seabuckthorn berpotensi tinggi untuk menjadi makanan tambahan manusia pada abad ke-21 ini. Minyak biji seabuckthorn memiliki kesan antibakteria dan antikeradangan yang mampu menangkis radikal bebas dan elemen berbahaya. 

Buah seabuckthorn mengandungi pelbagai nutrient dan nilai perubatan yang tinggi. Ia bukan sekadar mengandungi lebih kurang 190 jenis kandungan aktif biologi yang memanfaatkan tubuh badan manusia, tetapi ia menjangkaui tindakbalas sains yang rasional. Kandungan flavonoid dalam buah seabuckthorn juga lebih tinggi berbanding daun gingko, manakala kandungan ß-karotena dan vitamin E-nya turut lebih tinggi berbanding buah-buahan lain.

1. Pokok renek yang tumbuh pada penara dengan ketinggian 1,500 meter di atas paras laut.

2. Tumbuhan liar yang mempunyai manfaat fungsi perubatan dan pemakanan serba guna dengan daya hidup yang ekstrem.

3. Merupakan buah yang paling masam di dunia dengan kandungan vitamin C-nya 8 kali ganda melebihi kandungan vitamin C buah kiwi

4. Setiap 100g jus seabuckthorn mengandungi 825-1100mg vitamin C

5. Padat dengan lebih daripada 190 jenis vitamin, asid lemak, unsur-unsur surih, flavon seabuckthorn, superoksida dismutase dan pelbagai jenis asid amino.

6. Diiktiraf oleh komuniti akademik sebagai "Pembela kesihatan manusia abad ke-21"

BAGAIMANA KAPSUL SNE MEMBANTU MENINGKAT KESIHATAN DAN MEMULIHKAN PENYAKIT ANDA?

Sebenarnya kapsul SNE membantu anda melalui 5 TEORI SNE. Teori ini membongkar rahsia penyakit, penuaan dan kematian manusia. Jangka hayat manusia sepatutnya dapat mencecah 125-175 tahun atau sekurang-kurangnya 120 tahun. Namun begitu, jangka hayat manusia moden telah dipendekkan ke 60 tahun secara puratanya. 

Siapakah yang mengurangkan jangka hayat kita sebanyak 50 tahun atau lebih ini? Kini, penyelidikan perubatan telah mengesahkan bahawa jangka hayat yang disusutkan ini disebabkan oleh serangan penyakit dan penuaan, berkait secara langsung dengan teori sel manusia, radikal bebas, endokrinologi, genetik, dan imunologi. Kesemua ini saling berinteraksi dan mengawal antara satu sama lain. Inilah yang digelar 5 TEORI SNE.



Teori 1: TEORI SEL
1) Tubuh manusia terdiri daripada 6 trillion sel-sel
2) Lebih kerap pembahagian sel, lebih panjang umur manusia.
3) Sel-sel mengalami proses penuaan, degenerasi dan kematian.
4) Sel perlu dicergaskan semula demi mencapai umur yang panjang dan kesihatan yang optimum.
5) Jadi sel dicergaskan oleh pembekalan nutrien yang lengkap untuk sel yang sihat dengan kadar pembahagian yang tinggi.
6) Nutrien perlu: Protein (asid amino perlu), Gula (glukosa), Asid Lemak (asid oleik, asid linoleik), Vitamin (A, B, C, D, E, K), Mineral (kalium, natrium, kalsium, magnesium, ferum, iodin, kuprum dan zink)dan air.


Teori 2: TEORI GENETIK
1) Gen diturunkan kepada generasi seterusnya melalui sel pembiakan dan setiap sel di dalam generasi seterusnya mengandungi isyarat gen ini.
2) DNA menggunakan elemen asas dan enzim yang terdapat dalam sel untuk membantunya mereplikasi DNA, maka genetik pewarisan terbentuk.
3) Gen akan diubah sekiranya terdapat perubahan dalam elemen asas sel.
4) Nutrien perlu: protein and asid nukleik.


Teori 3: TEORI IMUNOLOGI
1) Keimunan merujuk kepada kemampuan untuk menentang penyakit yang dihasilkan dalam proses pertarungan antara antobodi dan faktor patogenik.
2) Penuaan tubuh manusia adalah disebabkan oleh penyusutan sel T dan makrofaj akibat atrofi timus. Maka, kemerosotan imuniti mengakibatkan ketidakmampuan untuk menahan penyakit dan kematian.
3) Melanjutkan tempoh hayat sel nodus limfa akan meningkatkan daya keimunan.
4) Nutrien perlu: Protein (asid amino perlu) dan Mukopolisakarida


Teori 4: TEORI RADIKAL BEBAS
1) Radikal bebas merosakkan lipoprotein dalam setiap sel dan menyebabkan kegagalan kefungsian sel.
2) Radikal bebas merupakan faktor utama yang menggalakkan degenerasi penuaan dan kematian manusia.
3) Radikal bebas yang berlebihan perlu disingkirkan demi mencapai kesihatan yang optimum.
4) Nutrien perlu: Antioksidan (vitamin A, C, E, superoksida dismutase (SOD), kompleks oligomerik prosianidolik (OPC)


Teori 5: TEORI ENDOKRINOLOGI
1) Endokrin merujuk kepada rembesan sel endokrin yang dibebaskan secara langsung ke dalam darah dan diangkut ke sel dan organ sasarannya melalui peredaran darah.
2) Gangguan endokrin menyebabkan kita dilanda penuaan dan penyakit.
3) Nutrien perlu: asid lemak (asid oleik, asid linoleik, asid arakidonik)


No comments:

Post a Comment